Thursday, September 13, 2012

Janji sudah ditepati, ker belom? atau dinodai

Kita mau janji mikro-hydro projek dimulakan dengan segera! kerana janji ini sudah mau 3 tahun dah...nanti jadi janji kusung.....janji bikin jalanraya pun belum siap lagi kerana janjinya adalah jalan berturap 18 kilo.... ...lain kali jangan suka berjanji (berdaje' dau kenyah) dengan rakyat...kena hati-hati kalau mau janji....hehehe.....ayen dayo-dayo senganak....ngena ida nak projek ji milu ke apau ne ading....tudep-tudep mutu e ke Shafie Apdal.

Janji beri klinik kesihatan desa yang dulu-dulu tu pun belum ditepati lagi..apa macam ini.......tanya ler BN..

SEJARAH TERCIPTA

Tanggal 31 Januari 2010 merupakan hari yang sangat bersejarah dan bermakna untuk warga Data Kakus. Kampung Data Kakus telah menerima satu rombongan besar yang diketuai oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, YB Datuk Seri Haji Mohd. Shafie Apdal untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali PERTAMA seorang Menteri Persekutuan menjejakkan kaki ke bumi Data Kakus :)
Turut mengiringi rombongan ini adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Dr. Alfred Jabu,  YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia), YB Encik John Sikie Anak Tayai  (ADUN Kakus), YB Dato Sri Micheal Manyin Anak Jawong (Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak).
Rombongan telah selamat tiba ke Kampung Data Kakus pada kira-kira jam 10.30pagi menggunakan  5 buah helikopter. (Rombongan sepatutnya menggunakan jalan tanah untuk 18km terakhir tetapi keadaan jalan yang terlalu licin). Sambutan mesra telah diberikan oleh warga Data Kakus terhadap rombongan menteri yang sudi mengunjungi Data Kakus.
Sisipan daripada ucapan Ketua Kampung, Encik Baling
Ketua Kampung, Encik Baling telah memberi sedikit penerangan tentang Data Kakus. Kampung Data Kakus terletak di pedalaman daerah Tatau. Kampung Data Kakus terletak 178 km daripada Bintulu. Berikut adalah pecahan jarak : Bintulu - Simpang KTS, Bakun  : 100 km (jalan berturap);Simpang KTS - Simpang Jonat  : 60 km (jalan kem / balak); Simpang Jonat - Kampung Data Kakus : 18 km (jalan balak/ tanah).
        Encik Baling menjelaskan tentang kesusahan kehidupan masyarakat Data Kakus yang majoritinya Kenyah Badeng. Kampung yang terpencil ini tidak mempunyai talian telefon dan bergantung kepada generator sendiri untuk bekalan elektrik. 
          Namun, kebanyakan masa masyarakat Data Kakus terpaksa bergantung kepada bekalan minyak tanah sebagai sumber api kerana tidak mampu membeli minyak diesel serta kos penghantaran minyak diesel dari Bintulu adalah tinggi (disebabkan keadaan jalan yang terlalu teruk). 
         Sumber ekonomi yang utama di Data Kakus adalah penanaman padi bukit (huma) menggunakan kaedah tradisional. Kemudahan yang terdapat di Data Kakus hanyalah sebuah sekolah rendah (SK Ulu Kakus) dan prasekolah, perkhidmatan doktor udara, balai raya dan padang bola sepak. Encik Baling Along berharap agar cadangan kerajaan persekutuan membina jalan tar sejauh 18km dapat dilaksanakan demi kepentingan dan kesejahteraan kehidupan masyarakat Data Kakus.

Sisipan daripada ucapan Ketua Kampung, Encik Peter Deno Amit
Ketua Kampung Encik Peter Deno Amit pula telah menyuarakan bagaimana sukarnya ketiadaan jalan yang baik di kampung ini. Masyarakat Data Kakus sentiasa bersabung nyawa menggunakan jambatan kayu yang dibina sendiri (adakalanya runtuh terutamanya pada musim hujan). 
         Encik Peter Deno berharap kerajaan dapat membina sebuah klinik desa agar masyarakat Data Kakus boleh mendapat rawatan awal dan mencegah penyakit daripada menjadi lebih kronik. Buat masa ini, masyarakat Data Kakus terpaksa ke Belaga atau ke Bintulu untuk mendapat sebarang rawatan pesakit luar.
         Beliau turut menyuarakan keperitan kehidupan masyarakat Data Kakus yang terpaksa bergantung kepada minyak tanah dan berharap agar projek mikro hidroelektrik dapat diberikan kepada kampung ini.
Sisipan daripada ucapan YB Encik John Sikie Anak Tayai (ADUN Kakus)
YB Encik John Sikie Anak Tayai menyokong penuh cadangan pembinaan jalan raya sepanjang 18km. Menurut beliau, dengan adanya jalan raya yang elok, harga barang dapat diselaraskan dan seterusnya mengurangkan bebanan orang kampung Data Kakus. Beliau sendiri mengakui bahawa jalan paling teruk adalah 18 km yang terakhir yang adakalanya boleh mengambil 1 jam lebih. 
        YB Encik John Sikie turut mencadangkan supaya masyarakat Data Kakus mengusahakan penternakan ikan semah atau ikan empurau yang sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi. Beliau juga berharap supaya masyarakat Data Kakus akan setia dan terus menyokong kerajaan agar dapat menjamin masa depan kehidupan warga Data Kakus serta membolehkan pembangunan berjalan dengan lancar.

Sisipan daripada ucapan YB Datuk Seri Haji Mohd. Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia)
YB Datuk Seri Hj. Mohd Shafie Apdal menyatakan bahawa kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan masyarakat termasuk di pedalaman tidak jauh ketinggalan.
        Menurut beliau, satu cara untuk mengatasi kemiskinan adalah melalui pendidikan. Anak-anak perlu belajar bersungguh-sungguh serta mempunyai akhlak yang baik. Kehidupan masyarakat akan menjadi lebih baik sekiranya mendapat pendidikan yang baik.
        Beliau turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa menjaga dan memelihara dengan baik prasarana, serta mengekalkan kesatuan dan perpaduan antara penduduk kampung. Datuk Seri turut mengingatkan masyarakat Data Kakus agar sentiasa mengekalkan hubungan yang baik dengan kerajaan pusat. Masyarakat Data Kakus disarankan agar sentiasa bersyukur kerana dapat hidup dengan aman.
        Peruntukkan sebanyak RM 300,000.00 telah diberikan kepada Kampung Data Kakus untuk projek mikro-hidroelektrik.

1 comment:

Unknown said...

Janji BN ini belum lagi ditepati..

Here are the kenyahbadeng blog followers

Current visitor's location viewing this blog