Friday, May 10, 2013

Bersihkan senarai daftar pemilih

Saya sebagai rakyat Malaysia ingin menyuarakan rasa TAK puas hati terhadap kesahihan daftar pemilih pada PRU13 kali ini. Rakan senegara juga boleh mengutarakan apa yang anda telah dapati dari kaji selidik anda sendiri. Ini cuma satu komentar dari saya sebagai rakyat yang ingin melihat daftar pengundi yang benar-benar bersih. Ini akan membolehkan perjalanan pilihanraya berjalan dengan licin, adil dan sistem demokrasi yang sebenarnya dapat dilaksanakan.

Sebagai contoh;

Pemegang kad pengenalan (Mykad) ini  mungkin orang yang sama tetapi mempunyai tiga (3) kad pengenalan diri (kemungkinan); Ini cuma anggapan atau pendapat saya sahaja (jangan salah tafsir yer). Untuk memastikan individu ini adalah orang yang sah dan individu yang berlainan tapi sama nama anggota JPN and SPR harus melakukan penyiasatan dengan lebih terperinci.

49071506 5137
49071506 5161
49071506 5233
Individu bernama AB Rapar Bin Awang dari Kuantan Pahang;





Selain dari itu, pengundi-pengundi yang membawa kad pengenalan yang tidak sah juga harus ditolak atau ditegah untuk mengundi. Sebagai contoh penduduk yang jelas-jelas dari negara Bangladesh, Pakistan, Nepal, India, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan sebagainya.  Mereka ini cuma melakukan tugas khas ini masa undi sahaja dan saya rasa mereka bukan warganegara yang sah. Saya harap perkara ini tidak terjadi di Malaysia.

No comments:

Here are the kenyahbadeng blog followers

Current visitor's location viewing this blog