Monday, April 4, 2011

Analisis percaturan pilihanraya N.57

Liwan Lagang (BN)


Ali Basah (PR)


John Bampa (PR)


Kenneth Adan Silek (Parti BEBAS)

Micheal Jok (Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu)


Ayoh pilihlah calon yang anda fikir berwibawa dan boleh menerajui dearah Belaga untuk jangka masa 5 tahun akan datang.

Dalam diam diam PRS BN mencorak strategi, berbekalkan majoriti ebih 200 orang tahun 2006 merupakan sesuatu yang kurang pasti. Ramai penyokong die hard BN rasa kurang selesa kerana BN mungkin tumbang di Belaga kali ini, wang rasuah mungkin akan ditaburkan seperti yang mereka buat tahun 2006. Liwan dianggap bertanding atas kerusi BN yang dikatakan perahu yang salah untuk berjuang di Belaga kali ini.

SNAP mencorak nasib dengan John Bampa, tetapi kita kurang pasti adakah pengundi atau penyokong John akan bertambah dari 900 orang seperti tahun 2006, kita tunggu dan lihat apa kesudahannya. Sekiranya orang uma bakah, uma kulit, uma kelap, long dungan, long busang, long menjawah, long lawen, sedikit undi dari data kakus dan badeng koyan mengundi John Bampa dia mungkin boleh menang dengan mudah dan selesa untuk SNAP-PR. John Bampa harus berhati-hati mencorakkan langkah disini kerana bukan semua orang Kenyah akan sokong beliau.

PKR muncul dalam suasana yang kurang pasti kerana ingin bertanding di kerusi yang ditandingi oleh parti SNAP, N.57 Belaga juga ingin diterokai, bekas pengundi/penyokong Stanley Ajang Batok mungkin mengubah arah atau sokongan kepada Ali Basah kerana dia merupakan pilihan mereka untuk menyuarakan suara mereka di DUN. Sekiranya penyokong John Bampa mengubah pilihan maka Belaga mungkin jatuh dengan mudah ditangan PKR-PR.

Parti Bebas juga akan muncul dan suasana pilihanraya kali ini nampak lain dan bertenaga dengan kemunculan saudara Kenneth Adan Silek dari Uma Belor bertanding untuk kerusi parti bebas dan dijangka akan dapat mengaut undi dari golongan yang berpendidikan yang inginkan kebebasan bersuara, hak asasi untuk rakyat belaga. Kenneth Adan seorang ketua yang berpendirian tegas, berpandangan jauh serta antara calon yang menpunyai taraf pendidikan yang tinggi serta dapat menyakinkan rakyat dan ketuanya atas kebolehannya dalam isu Kristianiti dan ketelusan dalam pentadbiran sesuatu organisasi.

Parti PERSB mungkin bertanding tetapi kita tunggu dan lihat siapakah calon PERSB yang akan mendahului kegiatan politik mereka di belaga. Organisasi ini banyak terlibat dengan kegiatan penanaman pokok jarak (jatropha) di seluruh negeri Sarawak. Malangnya sehingga hari ini parti PERSB belum lagi diluluskan oleh ROS sebabgai satu parti politik yang sah. Jadi calon mereka akan berdiri di atas nama kerusi bebas pada masa ini.

Isu-isu panas untuk Belaga dijangkakan isu bayaran rumah tertunggak, isu tana', isu kesihatan, isu kemudahan asas seperti jalan raya, air, api, kesihatan, isu pendidikan, isu perladangan, isu pembalakan yang berleluasa,isu tabung amanah bakun yang tidak dikeluarkan laporan tahunannya kepada rakyat belaga. Kali ini dijangka pertembungan lima penjuru berlaku di Belaga dan keputusannya mungkin diluar jangkaan akibat isu alkitab (kebebasan beragama), isu kemudahan asas dan isu hidro bakun yang masih belum selesai, serta kepimpinan Taib Mahmud yang terlalu lama di Sarawak.

No comments:

Here are the kenyahbadeng blog followers

Current visitor's location viewing this blog