Monday, March 15, 2010

Kelo' Ke Ti Selamat Me Anak Kenyah De Ala' STPM & SPM

Selamat pegita ke dalem blog le ji ca liwai laa. Ake' kelo' ke ti syabas ngan tahniah me anak-anak tepat Kenyah ja lepa ala' peresa STPM ngan SPM 2009. Harap mung ikem pat anak di de ala' persesa sokat skor ngan tiga dalem peresa ja nai lua' keputusan minggu je lapa re. Me mung da lebau peresa ngan tiga tahniah! Me de nta sokat lebau ngan tiga de' ayen loap/pook tawai. Ten ca liwai laa.
Me anak-anak telu de lepa lebau ngan tiga, nengayet peteneng nuang/asat sekolah em laa. Ayen beka' teyna ngan jawai dado' asat sekolah em lepe laa. Nengayet baya' kise' asat lepo' du de lepa majan ale' napa ilu Kenyah dalem sekolah ji. Boka em kurang tisen teka' ke mita janan pecuk sekolah, mutu ke seken/tuyang atau mpe' de lepa lapa sekolah ji. Kua'-kua' tepat pabat peniga dalem sekolah ji. Maju terus tepat dalem sekolah ji senganak!

Friday, February 5, 2010

Data Kakus makes the headline

Penduduk Data Kakus lega menteri prihatin keperitan Oleh Misiah Taib

Rombongan Shafie Apdal bawa khabar gembira buat masyarakat pedalaman Sarawak, ikrar pertingkat infrastruktur, taraf hidup

SIAU Nchau, 90, adalah antara ratusan penduduk di Data Kakus yang kelihatan begitu gembira dan turut beratur panjang menunggu ketibaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ke penempatan terpencil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus itu, Ahad lalu.

Apa tidaknya, sejak penempatan itu dibuka di kawasan hutan berhampiran kawasan pergunungan hampir 30 tahun lalu, tiada seorang pun Menteri Persekutuan pernah menjejakkan kaki ke perkampungan suku kaum Kenyah itu yang mempunyai lebih 3,000 penduduk, dengan lebih 800 adalah pemilih berdaftar.
Siau kelihatan begitu gembira, malah menyeka air mata melihat kehadiran Mohd Shafie bersama rombongan, namun hanya mampu meluahkan rasa terharu dan terima kasihnya dengan bahasa isyarat kerana bisu. Sebaik selepas bersalaman dengan Mohd Shafie beliau cuba memperkatakan sesuatu kepada penulis yang berdiri berhampiran, sambil menghulur tangan untuk bersalam.

Mujur anak saudaranya, Ulok Belarek, 48, cepat datang membantu menterjemahkan apa yang cuba dinyatakan Siau, tidak lain hanyalah perasaan gembiranya setiap kali ada 'orang luar' yang sudi datang ke kampung itu.

"Dia suka kalau ada orang datang apa lagi hari ini mencatat sejarah apabila seorang menteri Persekutuan pertama menjejakkan kaki ke kampung kami. Malah dia kata kalau ada 'orang besar' datang, mesti ada berita baik untuk penduduk di sini," kata Ulok sambil disambut senyuman oleh Siau.
Namun, di sebalik riak wajah gembiranya itu, Siau adalah antara penduduk di pedalaman negeri ini yang tidak pernah memiliki kad pengenalan dan menghadapi masalah memohon identiti pengenalan diri itu kerana tiada sijil kelahiran atau surat berkaitan, namun ia tidak sedikitpun merisaukannya kerana baginya faktor usia menyebabkan beliau tidak lagi memerlukan dokumen berkenaan.

Lain pula ceritanya dengan Margaret Jun, 30, yang perlu menanggung kos RM100 untuk sekali seminggu perjalanan berulang alik ke klinik di Bintulu bagi menjalani pemeriksaan ketika kandungan semakin sarat, selain perlu 'berpindah sementara' ke bandar sebulan lebih awal sebelum melahirkan anak.

"Saya terpaksa pergi awal ke Bintulu, ketika kandungan baru masuk lapan bulan kerana bimbang jika mahu melahirkan anak pada bila-bila masa, sukar untuk pergi ke hospital kerana jarak jauh.

"Untuk pergi ke Hospital Bintulu dari Data Kakus memakan masa lima jam melalui jalan balak yang agak berbahaya ketika hujan. Saya perlu pergi awal kerana takut anak lahir lebih awal dan jika sesuatu berlaku di Data Kakus, tiada kemudahan perubatan atau klinik desa di tempat kami," katanya yang kini mengandung enam bulan sambil mendukung anak ketiganya, Chrismond Noel yang berusia setahun enam bulan. Margaret mempunyai empat anak setakat ini dengan yang sulung berusia sembilan tahun.

Itu adalah antara keperitan yang terpaksa diharungi penduduk di Data Kakus, salah sebuah penempatan terpencil di pedalaman negeri ini, belum lagi dikira pergantungan kepada air hujan sebagai sumber air dan jana kuasa menggunakan minyak diesel yang menelan kos tinggi. Tiada klinik desa di situ, selain hanya ada sebuah sekolah rendah.

Kedatangan Mohd Shafie dan rombongan yang turut diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, sememangnya membawa perkhabaran menggembirakan buat penduduk di Data Kakus.

Keluhan Ketua Kaum, Peter Deno Amit Jalong, mengenai mereka terpaksa menggunakan tiga perempat daripada pendapatan menjual hasil tani yang tidak menentu, bagi membeli diesel sebagai sumber jana kuasa akan diatasi tidak lama lagi, kerana Shafie meluluskan serta merta peruntukan RM300,000 untuk membina stesen hidro mini di situ sebagai sumber bekalan elektrik.

Begitu juga jalan balak akan digantikan dengan jalan berturap sejauh 18 kilometer dari Data Kakus ke simpang Tubau/Belaga, sekali gus mempercepatkan perjalanan penduduk dari Data Kakus ke bandar seperti Bintulu dan Belaga. Projek jalan berkenaan akan dimasukkan dalam projek Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

Tuesday, January 5, 2010

selamat oman mading 2010

Ame' kelo' ti nya-ek ngan selamat oman mading 2010 me mung tepat da nai naat blog telu ji. Tebelum le oman mading ji un tiga ngan ilu sokat mudip ngan dena' teka' ngan un magat muat lote.

Tiga tawai me mung lepo ilu.

Here are the kenyahbadeng blog followers

Current visitor's location viewing this blog