Thursday, December 16, 2010

lega inu makin maan

Sebelum Januari tahun 1980, belum ada pelesenan perkapalan untuk memantau bilangan kapal-kapal dagang dari luar negara yang beroperasi di perairan Malaysia. Jadi agak sukar untuk mengawal keadaan ini bagi pengurusan pelabuhan di sebuah negara yang mempunyai perairan yang agak sibuk dilalui oleh kapal-kapal asing dan tempatan.

Oleh itu, sebilangan kecil pemilik-pemilik kapal yg menawarkan perkhidmatan perkapalan diantara Semenanjung dan Sabah-Sarawak terpaksa berdepan dengan persaingan ketat dari pengusaha kapal-kapal dari luar negara yang beroperasi dalam lingkungan perdagangan domestik negara kita.

Kerajaan Malaysia pada masa itu mengambil keputusan untuk mengadakan suatu polisi bagi melindungi kepentingan pemilik-pemilik syarikat kapal dari negara kita ( ini adalah satu idea yang cukup baik pada ketika itu untuk rakyat Malaysia amnya rakyat semenanjung malaysia) .

Oleh demikian, polisi Cabotage diperkenallkan pada 1 Januari 1980 agar ia memberi peluang yang lebih luas untuk pemilik syarikat kapal-kapal Malaysia cari makan dalam lingkungan perdagangan domestik ataupun perairan negara kita.

Dengan adanya polisi Cabotage ini ia telah turut melahirkan Badan Pelesenan Perkapalan Domestik (DSLB), untuk mudah difahami, melalui polisi ini , kargo-kargo dari luar negara harus berlabuh di Port Klang (Pelabuhan Klang) dan barulah kapal-kapal Malaysia mengangkut kargo tersebut ke pelabuhan-pelabuhan di Sabah dan Sarawak.

Ternyata polisi ini kurang baik bagi kita di Malaysia timur, ia merugikan pengeksport dan pengimport di Sabah dan Sarawak kerana bahan komersil dan kargo import yang diangkut oleh kapal-kapal dari luar negara terpaksa ditinggalkan di Pelabuhan Klang dahulu dan barulah ia dihantar ke Sabah dan Sarawak oleh pengusaha kapal-kapal tempatan. Jadi disini sudah ada orang tengah masuk untuk cari makan dan ini bagaikan pondok tol yang kita harus bayar setiap kali kita membeli barangan di malaysia timur. Siapakah mereka ini? tepuk dada tanya selera…

Jadi kos pengangkutan yang berlebihan atau tambahan ini akan mempengaruhi harga barang-barang yang dijual kepada Sabah dan Sarawak. Itulah sebabnya barang-barang di tempat kita mahal bagai nak mampus! Kalau kita lihat betul-betul harga barangan untuk sabah dan sarawak selalunya lebih mahal berbanding harga untuk semenanjung malaysia…..ini tak adil….gaji kita kecil di Sabah dan Sarawak dan tak naik-naik, harga barang mahal betui…..dan harga barang terus naik tiap-tiap tahun, sepatutnya satu polisi harus digubal diparlimen untuk menyama ratakan harga barang di seluruh pelusuk negara Malaysia. Bukan itu sahaja malah harga gas memasak pun lebih mahal di Sabah/Sarawak sedangkan kita adalah negeri pengeluar gas terbesar di Malaysia bagaimana ini mungkin terjadi.

Hari ini, 16 December 2010 United Borneo Front (UBF) ditubuhkan sebagai platform utama untuk memperjuangkan keadilan untuk mempertahankan hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Malaysian Agreement 2963.

Dr. Jeffrey Kitingan, selaku ketua pergerakan bukan politik ini menganggap Sabahans dan Sarawakians sudah dipermainkan dan ditipu secara terang-terangan.

Pemerintah kerajaan persekutuan telah mempermainkan negeri Sabah dan Sarawak dengan banyak polisi dan undang-undang yang bercanggah dengan apa yang sepatutnya kita dapat atau nikmati atau telah dipersetujui sebelum penubuhan Malaysia. Terdapat banyak percanggahan dalam banyak hal ini. Cuma ada beberapa sahaja yang dapat dibincangkan disini.

Kenyataannya adalah, sektor Minyak dan Gas memberikan sumbangan lebih daripada 40% dari pendapatan kerajaan persekutuan. Sabah dan Sarawak menghasilkan 45% dari minyak mentah dan 64% gas asli melalui Petronas.


Ini bermakna bahawa tanpa kekayaan dari Sabah dan Sarawak, akan sukar bagi kerajaan persekutuan untuk memenuhi keperluan di seluruh negara.
Menurut informasi dari Press Conference sebentar tadi, UBF ini mendukung agenda-agenda berikut:
1. Permintaan untuk pembentukan mekanisme pematuhan terhadap Malaysian Agreement 1963, terutama Artikel Lapan.

2. Permintaan untuk formula bagi hasil yang lebih adil, dan juga wakil di peringkat persekutuan.

3. Mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai ‘equal partners’ dalam kerajaan persekutuan.

4. Melindungi hak istimewa pribumi Sabah dan Sarawak seperti dalam Artikel 153.

5. Permintaan untuk menghapuskan polisi Cabotage,Transportation dan Trade.

6. Memfokuskan untuk mengurangkan jurang ekonomi dan digital.

7. Menyelesaikan isu PTI dan Projek IC.

Gerakan ini sungguh bermakna untuk orang Sabah dan Sarawak yang belum memahami sejarah kerana ramai di kalangan kita yang belum mengerti dan memahami sejarah penubuhan negara Malaysia.

Namun, sejauh mana perjalanan ini akan bertahan sekiranya mendapat tentangan dari orang-orang sendiri yang akan bermati-matian melumpuhkan perjuangan kita atau anda?

Bagi saya, Sabah dan Sarawak layak dan sangat berhak untuk mendapat apa yang lebih baik daripada apa yang kita nikmati sekarang ini. Malangnya, hak kita dinafikan, oleh itu kita harus menuntut hak ini dengan cara yang baik agar slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ akan jadi satu slogan yang berguna bukannya cakap kosong dari kerajaan persekutuan.

Walau apapun agenda politik (sekiranya ada) dalam gerakan ini, kita harus mengambil iktibar bahawa anak-cucu kita perlu tahu sejarah yang sepatutnya di tujui oleh negara ini bagi tahun-tahun mendatang. Siapakah yang akan memulakan gerakan UBF ini di negeri Sarawak kalau bukan kita generasi sekarang, jangan lah biar kita terus dinafikan hak yang telah dijanjikan. Majulah Sabah & Sarawak dalam Malaysia.

No comments:

Here are the kenyahbadeng blog followers

Current visitor's location viewing this blog